Saturday, November 23, 2013

FALUDA MIX.

 
 


Assalamualaikum w.b.t...

Hai kawan2...apakhabar? semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah hendaknya.....cuti sekolah ni pi jalan mana? kalau tak tau pi mana2....apa kata mai penang....makanan dia memang sedap2...ada nasi kandar,laksa,mee udang,mee sotong,pasembor,rojak dan lain2 lagi. kalau mai penang..jangan lupa mai balik pulau tau....hihihi

Nak tanya biasa tak minum air faluda mix? sedapkan air ni....ada jugak dijual kat pasar malam. zaida dapat tau tentang air ni daripada kak som. anak dia kerja kat Sri Lanka...faluda mix ni ada perisa manga dan strawberry....

oklah..akhir kata zaida kitchen mengucapkan selamat bercuti dan semoga bergembira bersama keluarga tersayang bye2...





Friday, November 22, 2013

TEMPAHAN LASAGNA DAN CHIKEN CHOP .

 
teringin nak cuba lasagna ni... ..call atau pm/sms  019-5041192



Tempahan lasagna daripada kak Ida, Norazlyna Nyna dari Teluk Kumbar dan Athikah dari pejabat daerah Balik Pulau...terima kasih byk2 yea..semoga anda semua dirahmati Allah selalu.



 
 
Tempahan chiken chop daripada puan NorAzira daripada Shaziera Collection, puan Rohana dari Jabatan Kastam, puan Shafizawati dari Sekolah Kongsi dan puan Shada dari Shanaj Bakery...Terima kasih semua...

Thursday, November 21, 2013

KEK KARAMEL

 
Adunan kek yang telah diwarnakan dan diperisakan dengan perisa pandan....

 
 
 

sedapnya!!!
 

Tempahan kek karamel daripada puan Syazeira Collection dan puan Sha daripada Teluk Kumbar. Terima kasih byk2 yea...kerana sudi dan sabar menunggu lama untuk mendapatkan kek ni...

Tuesday, October 29, 2013

TEMPAHAN CUPCAKES DAN BISKUT.

 
 
 
aik...pasai apa gambar ni jadi senget pulak ni....???
 

 
Cupcakes lemon...

 

 
Biskut fudge macadamia...

Tempahan cupcakes dan biskut  ni...daripada jiranku maktam. Mintak maaf banyak2 lah maktam biskut tu zaida tak buat hiasan( hantaran) zaida salah paham.....ingatkan maktam suruh buat biskut ja...Aduii...mintak maaf banyak2 ye maktam...Jangan serik ye maktam....



Tuesday, September 17, 2013

KEK STEAMBUTTERCREAM DAN KEK NESTUM

 
 
 
 
Informasi mengenai kek:
 
Jenis kek: kek coklat...
Hiasan/topping: steambuttercream.
Harga: saiz loyang 9 inci rm 60 sahaja.
 
 

 
Kek Nestum
 

Terima kasih banyak2 kepada pn.Faridah diatas tempahan ini....
 

Monday, September 9, 2013

KEK KUKUS NESTUM CALIFORNIA

 
 saiz loyang 9 inci...harga rm 40 sahaja.

 
cantikkan warnanya...rasanya pun sedap....untuk tempahan 019-5041192.
 

Assalamualaikum......

Hai semua...apakhabar? lamanya saya tak update blog ni....Mesti ramai yang tertanya2kan.. kek apa pulak ni...haa..ni lah dia KEK KUKUS NESTUM CALIFORNIA...wah!!!    nama kek ni macam best...rasa macam mana pulak?

eemm...rasanya sedap...sebab ada kismis,nestum,serbuk badam,susu pekat dan lain2.kalau nak buat hantaran pun boleh....jom cuba...






Kek russian black and white..
 
Kek birthday ni...order daripada puan Norhayati untuk anaknya.....terima kasih banyak2 ti...kerana menjadi pelanggan setia Zaida kitchen...
 
 

Monday, July 1, 2013

BISKUT RAYA 2013

TEMPAHAN BISKUT KINI DIBUKA.....

Assalamualaikum.....

Alhamdullillah.....tahun 2013 ni, Zaida Kitchen meyediakan 6 jenis biskut raya yang pastinya sedap dengan harga yang sangat berpatutan.Jom kita tengok biskut2nya....


Ricota hazelnut cookies.harga 50 biji rm25.
(kandungan...bijan,kacang hazel,biskut keju dan keju cheddar.)


Cashewnut coffee cookies.harga50 biji rm23.
(kandungan...nestum,nescafe dan esen coffee)

Blackcurrent layer cookies.harga 50 biji rm25.
(kandungan...jem blackcurrent,tepung ubi kayu,gandum dan gula perang)
 

Almond cornflake crunch.harga 50 biji rm25.
(kandungan...badam cincang,cornflake,tepung rose dan chocolate chip)

Merrie cornflakes cookies.harga 50 biji rm23.
(kandungan...biskut merrie,cornflake dan tepung naik sendiri)

Sweet sunrise cookies.harga 50 biji rm23.
(kandungan...tepung hoen kwee,kastard,colour rice dan chocolate rice)


KEK RED VELVET

TEMPAHAN KEK RED VELVET

Bahagian dalam kek....
 
Tempahan kek red velvet....daripada cikgu ana...Terima kasih banyak2 cikgu ana.



Monday, May 27, 2013

TEMPAHAN CHEESE TART BLUEBERRY,LASAGNA DAN KEK SNOWY.

 
 
 
 
 
 
Cheese tart blueberry 50 biji saiz 6.3cm...order daripada kakak saya Norazira untuk jamuan Hari Guru.Terima kasih banyak2 kakakku...
 
 
Kek marble 1 kilo rm25.


 
Kek marble 1 kilo dan lasagna order daripada kakak ipar.Terima kasih banyak2 kak ida.
 

 
Kek Marble dan lasagna order daripada Cikgu Liana.Terima kasih banyak2 cikgu.
 
 
Samosa sejuk beku.
 
 
 
 
Assalamualaikum....apakhabar semua. Saya berharap dan berdoa  semoga anda semua pengunjung blog Zaida Kitchen sentiasa sihat walafiat hendaknya.Sekejap ja masa berlalu kan...dah masuk bulan Rejab...bulan yang sangat dituntut untuk bersedekah dan menambah amalan sunat. Sesiapa yang tak qado puasa lagi...eloklah disegerakan...hi.hi.hi...Alhamdullilah....tidak lama lagi Zaida Kitchen akan menambah satu lagi produk iaitu samosa sejuk beku selepas hari raya nanti. Nantikan ya!!!....Akhir sekali...jutaan terima kasih kepada semua pelanggan setia dan pengunjung blog Zaida Kitchen.Bye......
 
 
 

 

Monday, April 29, 2013

TEMPAHAN DARIPADA CIKGU LIANA.

 
 
Kek Snowy
 
 
Lasagna
 
 
Cikgu Liana.

 Assalamualaikum........

Tempahan kek snowy dan lasagna daripada Cikgu Liana. Minggu lepas cikgu order kek snowy dan lasagna....minggu ni cikgu order kek snowy dan lasagna lagi.Terima kasih banyak2 cikgu. Cikgu Liana ni.... orangnya cantik dan baik hati.Gambar di bawah ialah apom seriayu dan kek marble order daripada kak ida.Terima kasih banyak2 kak ida.



Kek Marble
 
 
 
Apom Seriayu
 
 

 



 
 
 
 
 
 
 
 

 
 



Tuesday, April 23, 2013

KEK SNOWY DAN LASAGNA.


Assalamualaikum semua....apakhabar?

Zaida Kitchen berharap semoga anda semua sentiasa sihat hendaknya. Zaida Kitchen meminta maaf kerana terpaksa menolak beberapa tempahan kerana demam seminggu. Gambar diatas ialah kek snowy dan lasagna order daripada Cikgu Liana dari Tabika Kemas Kongsi.Terima kasih banyak2 Liana. Minta maaflah kalau ada kekurangan ya Liana....


Tuesday, April 2, 2013

MAJLIS PERTUNANGAN SUHAILY

Tempahan majlis pertunangan.
 
Blueberry cheesetart 40 biji dan apom polkadot.....order daripada kakakku Yusapiza untuk majlis pertunangan adik iparnya.Terima kasih banyak2 kakakku.

 
 
 
Kek marble steambuttercream yang saya buat untuk Suhaily. Selamat bertunang Sue.
 
 
 
 

 
 
Sue sedang memegang kek pertunangannya.
 
 
 
Kek snowy peach custard cream ni pula order daripada Zira.Semoga Zira berpuashati dengan kek ini ya....Terima kasih banyak2 Zira.
 




Thursday, March 21, 2013

RESEPI

RESEPI DADIH.

Sumber resepi daripada Pn.NorAzira Bt Mohd Senapi.



 
 
Bahan-bahannya ialah:
 

3000 ml air.
100 gm gula.
1 tin susu cair.
1 paket serbuk dadih (perisa jagung,mangga dan lain2.)
Coffeemate 7 sudu besar atau lebih ikut suka.
 
Cara-caranya ialah...
Masak air bersama gula hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair.Kacau hingga sebati.Kemudian masukkan serbuk dadih berperisa buah.Kacau lagi sehingga sebati. Akhir sekali barulah masukkan coffee mate....Siap!
 
 
 


KUIH APOM SERIAYU
 
 
Sumber resepi daripada kak Ayu Balik Pulau, Pulau Pinang.
Bahan-bahan:
 
2 biji telur
1 cawan gula putih
1 sudu kecil ovelette
secubit garam
 
1 cawan santan atau susu cair pun boleh
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder(campurkan baking powder dalam tepung)
 
pewarna hijau (ikut suka)
pes pandan(ikut suka @ satu sudu kecil)
kelapa putih campur dengan sedikit tepung ubi dan sedikit garam.
 
 
CARA-CARA
 
Masukkan semua bahan-bahan seperti telor,gula,ovelette dan garam ke dalam mixer.Pukul sehingga kembang dan pekat.Selepas itu...masukkan tepung gandum dan santan.Kacau adunan sehingga sebati.Masukkan pewarna hijau dan pes pandan.
 
Acuan seriayu disapu dengan sedikit minyak.Selepas itu...masukkan kelapa putih.(tekan dengan jari untuk padatkan).Masukkan adunan tepung sehingga penuh acuan.
 
Kukus selama 10-15 minit.Sebelum kukus...panaskan pengukus terlebih dahulu dan  balut penutup tudung pengukus dengan kain untuk mengelakkan wap jatuh pada kuih..... 
 
Sekian, selamat mencuba...
 
 
 
 
 



KEK BLACK FOREST


 
Lapisan dalam kek......whipping cream+blueberry filling+buah dark pitted cherry.
 
 
 

Bahan-bahan untuk kek span coklat:

5 biji telur gred b
150 gm/ 125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
15gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung
20 gm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
70 gm mentega dicairkan/ minyak masak

Bahan untuk inti:

1 tin dark pitted cherry.
450 gm krim putar( Non-dairy whipping cream for topping)-saya guna Rich Gold Label.
pukul krim putar sehingga menjadi seperti kapas dan gebu. Selepas tu,simpan dalam peti sejuk.
blueberry filling.
jus lemon/oren- tak letak pun takpa....saya tak letak.

Bahan untuk hiasan:

krim putar
coklat rice
buah ceri merah
coklat  diparut

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali mentega cair. Putar semua bahan hingga kembang.
2 .Bila adunan sudah pekat, masukkan mentega cair.Putar perlahan-lahan hingga sebati.
3 .Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat saiz 8 inci yang telah digris dan dilapik dengan kertas minyak.
4. Panaskan oven 10 minit.
5 .Bakar pada suhu 180C selama 35 minit.
6 .Bila kek dah sejuk....potong kek kepada 3 lapisan.
7 .Lapisan pertama....sapu kek dengan jus oren/lemon.Selepas itu, letakkan krim secukupnya dan ratakan.
8 .Susunkan buah dark pitted cherry dan letakkan blueberry filling ikut citarasa masing2.
9. Lapisan kedua....ulang macam lapisan pertama.
10.Akhir sekali sapu krim putar @ whipping cream pada seluruh kek.
11.Hias kek dengan coklat rice @coklat parut dan buah ceri.Bila dah habis hias....masukkan   kek dalam peti sejuk.

Sekian, terima kasih. Selamat mencuba.......





KEK OMBAK RINDU 


 
 
 
 
Resepi Kek Ombak Rindu oleh Azlita Aziz (Masam Manis)
Sumber Daripada Majalah Rasa Mac 2013
 
Bahan-bahan: 
 
300gm tepung naik sendiri
200gm gula kastor
250gm mentega
100gm serbuk oreo
100ml susu cair
5 biji telur
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovalette
pewarna ungu,kuning dan merah jambu secukupnya
 
Cara-caranya:
1.Putar mentega,gula kastor dan ovalette hingga lembut.
2.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus di putar.
3.Masukkan tepung naik sendiri,esen vanilla,susu pekat dan susu cair. Gaul sebatikan adunan.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian.
5.Sediakan loyang saiz 8 inci,sapukan mentega di sekeliling loyang dan lapikkan dengan kertas minyak.
6.Tuangkan adunan lapisan merah jambu dan taburkan serbuk oreo.
7.Kemudian tuangkan pula adunan warna kuning dan taburkan serbuk oreo.
8.Seterusnya tuangkan adunan warna ungu.
9.Tutupkan loyang dengan aluminium foil.
10.Kukus kek selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.
 
Selamat mencuba kawan2............