Thursday, March 21, 2013

RESEPI

RESEPI DADIH.

Sumber resepi daripada Pn.NorAzira Bt Mohd Senapi.



 
 
Bahan-bahannya ialah:
 

3000 ml air.
100 gm gula.
1 tin susu cair.
1 paket serbuk dadih (perisa jagung,mangga dan lain2.)
Coffeemate 7 sudu besar atau lebih ikut suka.
 
Cara-caranya ialah...
Masak air bersama gula hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair.Kacau hingga sebati.Kemudian masukkan serbuk dadih berperisa buah.Kacau lagi sehingga sebati. Akhir sekali barulah masukkan coffee mate....Siap!
 
 
 


KUIH APOM SERIAYU
 
 
Sumber resepi daripada kak Ayu Balik Pulau, Pulau Pinang.
Bahan-bahan:
 
2 biji telur
1 cawan gula putih
1 sudu kecil ovelette
secubit garam
 
1 cawan santan atau susu cair pun boleh
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder(campurkan baking powder dalam tepung)
 
pewarna hijau (ikut suka)
pes pandan(ikut suka @ satu sudu kecil)
kelapa putih campur dengan sedikit tepung ubi dan sedikit garam.
 
 
CARA-CARA
 
Masukkan semua bahan-bahan seperti telor,gula,ovelette dan garam ke dalam mixer.Pukul sehingga kembang dan pekat.Selepas itu...masukkan tepung gandum dan santan.Kacau adunan sehingga sebati.Masukkan pewarna hijau dan pes pandan.
 
Acuan seriayu disapu dengan sedikit minyak.Selepas itu...masukkan kelapa putih.(tekan dengan jari untuk padatkan).Masukkan adunan tepung sehingga penuh acuan.
 
Kukus selama 10-15 minit.Sebelum kukus...panaskan pengukus terlebih dahulu dan  balut penutup tudung pengukus dengan kain untuk mengelakkan wap jatuh pada kuih..... 
 
Sekian, selamat mencuba...
 
 
 
 
 



KEK BLACK FOREST


 
Lapisan dalam kek......whipping cream+blueberry filling+buah dark pitted cherry.
 
 
 

Bahan-bahan untuk kek span coklat:

5 biji telur gred b
150 gm/ 125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
15gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung
20 gm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
70 gm mentega dicairkan/ minyak masak

Bahan untuk inti:

1 tin dark pitted cherry.
450 gm krim putar( Non-dairy whipping cream for topping)-saya guna Rich Gold Label.
pukul krim putar sehingga menjadi seperti kapas dan gebu. Selepas tu,simpan dalam peti sejuk.
blueberry filling.
jus lemon/oren- tak letak pun takpa....saya tak letak.

Bahan untuk hiasan:

krim putar
coklat rice
buah ceri merah
coklat  diparut

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali mentega cair. Putar semua bahan hingga kembang.
2 .Bila adunan sudah pekat, masukkan mentega cair.Putar perlahan-lahan hingga sebati.
3 .Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat saiz 8 inci yang telah digris dan dilapik dengan kertas minyak.
4. Panaskan oven 10 minit.
5 .Bakar pada suhu 180C selama 35 minit.
6 .Bila kek dah sejuk....potong kek kepada 3 lapisan.
7 .Lapisan pertama....sapu kek dengan jus oren/lemon.Selepas itu, letakkan krim secukupnya dan ratakan.
8 .Susunkan buah dark pitted cherry dan letakkan blueberry filling ikut citarasa masing2.
9. Lapisan kedua....ulang macam lapisan pertama.
10.Akhir sekali sapu krim putar @ whipping cream pada seluruh kek.
11.Hias kek dengan coklat rice @coklat parut dan buah ceri.Bila dah habis hias....masukkan   kek dalam peti sejuk.

Sekian, terima kasih. Selamat mencuba.......





KEK OMBAK RINDU 


 
 
 
 
Resepi Kek Ombak Rindu oleh Azlita Aziz (Masam Manis)
Sumber Daripada Majalah Rasa Mac 2013
 
Bahan-bahan: 
 
300gm tepung naik sendiri
200gm gula kastor
250gm mentega
100gm serbuk oreo
100ml susu cair
5 biji telur
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovalette
pewarna ungu,kuning dan merah jambu secukupnya
 
Cara-caranya:
1.Putar mentega,gula kastor dan ovalette hingga lembut.
2.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus di putar.
3.Masukkan tepung naik sendiri,esen vanilla,susu pekat dan susu cair. Gaul sebatikan adunan.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian.
5.Sediakan loyang saiz 8 inci,sapukan mentega di sekeliling loyang dan lapikkan dengan kertas minyak.
6.Tuangkan adunan lapisan merah jambu dan taburkan serbuk oreo.
7.Kemudian tuangkan pula adunan warna kuning dan taburkan serbuk oreo.
8.Seterusnya tuangkan adunan warna ungu.
9.Tutupkan loyang dengan aluminium foil.
10.Kukus kek selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.
 
Selamat mencuba kawan2............
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, March 17, 2013

WESTERN FOOD

 
Sirloin steak  black pepper sos dengan salad kentang
 
 
 
Chicken chop black pepper sos dengan coleslaw
Harga 1 set  RM9.90
 

 
Lasagna
 
Lasagna....sedapnya!!! Rasa sekali pasti nak lagi.Mesti cuba......sedap dimakan panas2 atau pun sejuk. Harga 300gm RM 6.90 sahaja.
 
 
 
Fish and chips dengan tartar sos
 
 
Assalamualaikum....hai semua......apakhabar?
Gambar diatas adalah hasil cubaan pertama saya dalam masakan western food. Saya belajar western food ini dengan Chef Asma.Memang puas hati sangat2......  Buat masa ini, saya hanya mengambil tempahan chiken chop dan lasagna sahaja. Jom cuba.

Sunday, March 10, 2013

KEK STEAM BUTTERCREAM

 
 
 
Kek coklat moist dengan steam buttercream
 
Baru habis belajar kek steam buttercream dengan puan Lina Sariff Bakery..Sungai Ara Bayan Lepas. Orangnya baik, tak kedekut ilmu dan sentiasa memberi semangat...pendek kata...memang berpuashati.Terima kasih banyak2  k.ina.

Monday, March 4, 2013

HAPPY BIRTHDAY

Happy birthday kakakku Norazira dan Yusapiza. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....AMIN2..
 
Kek red velvet...khas buat kakakku Norazira dan pasangannya Shahrul.

Kek Russian black and white...khas buat kakakku Yusapiza dan pasangannya Jasmadeze.

Cup cake lemon...khas buat anak saudaraku Shafiq...yang menyambut hari lahirnya yang ke 5 tahun.Semoga Shafiq menjadi anak yang soleh.

 
 
 
 
Happy birthday...adik iparku Wati dan anaknya Shasa.Gambar yang pegang pisau kek tu... adik ipar  dan anaknya.
 
 
 Kek Chocolate Moist.
 
 
Haa...yang ni pulak...harijadi anak saudaraku Nursabrina....Happy birthday Sabrina!!! Kakakku Yusapiza yang baikhati ni.....awai2 lagi dah order kek snowy ni untuk anaknya. Siap bagi duit lebih lagi. Bestnya....!!!!!
 
 
 


Saturday, March 2, 2013

TEMPAHAN KEK

 
Kek Marble...order daripada kakak ipar.
 

 
 
 
Kek Red velvet ini pula... order daripada Ima tauke kantin sekolah. Ima nak kek 2 biji...berat 1kilo.Terima kasih Ima.
 






Kek Russian Black And White...order daripada Ti. Katanya nak bawa balik kek nak sambut birthday ayah dia di kampung di Kedah...Terima kasih Ti.
 
 

Kek Snowy Peach Custard Cream...order daripada Tie, jiran sebelah rumah.Terima kasih Tie.

 
 
Coklat homemade untuk pertunangan.....order daripada Kak ida.Terima kasih banyak2 k.ida.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kek Russian Black And White...order daripada ustazah Hasniza dari Sek.Titi Teras. Ustazah kata nak kek 3 biji.Terima kasih ustazah.